Home Buletin Semasa MARTABATKAN SENI MUZIK GAMELAN

MARTABATKAN SENI MUZIK GAMELAN

KOTA BHARU: Masa berlalu dengan pantas muzik gamelan ini sudah hampir ditelan zaman.

Namun, masih ada pihak yang masih berusaha dalam menaikkan kembali muzik tradisional ini.

Ketua jabatan sains sosial, noraziana mohd nordin, berkata dia menggalakkan semua pelajar di mana-mana institusi pengajian tinggi serta sekolah menanam minat dalam alatan muzik tradisional berkenaan.

“Gamelan di sini ditubuhkan ini tahun ketigalah saya membuat kertas kerja untuk mendapatkan alat muzik gamelan kepada kementerian pendidikan ini kerana ia merupakan sumber alatan untuk mengajar subjek muzik aspresiaisi pelajar saya ni adalah pelajar elektif muzik minor muzik major bahasa melayu”

“Kami dapatkan dari indonesia, ditempah di sana cuma supplier kami tu di Kuala Lumpur”katanya.

Noraziana juga pensyarah Institut Perguruan Kampus Kota Bharu menggalakan semua pihak agar memartabatkan alat muzik tradisional ini supaya ia tidak lekang ditelan zaman.

Sementara itu, team ImedikelTv juga berkesempatan menemu bual salah seorang pelajar yang merupakan pemain alat muzik gamelan di sini.

Pelajar program bahasa melayu elektif muzik, nik soleha khairul anuar, 21, berkata dia minat bermain alat muzik berkenaan disebabkan darah seni datang daripada bapanya yang juga seorang guru muzik.

“Minat tu sebernnya memang dah ada dalam diri kitalah sebab kitakan orang melayu so mestilah kena minat alatan musik tradisional kan jadi kalau bukan kita anak muda siapa lagi minat nak main benda yang macam ni”

“Lagipun nak belajar macam ni tak susah pun dan saya yakin kat luar sana banyak lagi penggiat seni musik tradisional buat program musik untuk kita join untuk turut serta belajar jadi kita tak ada alasan untukt tak minat dan tak cinta kita punya alat musik ni”katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Nik soleha berharap agar alat muzik tardisional ini dipelajari semua golongan.

Katanya ia bagi meneruskan seni muzik tersebut supaya generasi baharu tetap mewarisinya di masa akan datang.

Menurut sejarah, seni muzik ini dikatakan bermula di Pulau Jawa Indonesia. Gamelan melayu mula lahir di Istana Pahang pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Sultan Ahmad Al Muadzam Shah.

Sepanjang perkembangan muzik ini telah lebih 60 buah lagu telah dicipta namun hampir separuh daripadanya dikatakan lenyap begitu sahaja.

Sejarah mengatakan daripada 30 buah lagu kini yang masih tinggal hanya 12 buah lagu sahaja dan ia masih dimainkan sehingga kini.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here