Home Segmen Kesihatan MANFAAT SAPU AIS BATU PADA WAJAH

MANFAAT SAPU AIS BATU PADA WAJAH

294
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Tahukah anda sapuan ais batu boleh dijadikan terapi kesihatan terutamanya pada kulit.

Ini kerana penggunaannya yang bersifat antiradang boleh membantu membuang toksin daripada badan, mengecilkan pori, dan mengurangkan pengeluaran sebum pada wajah.

Kebiasannya mereka yang ingin memakai solekan digalakkan menuam ais batu dahulu pada wajah dalam tempoh lima minit.

Ada beberapa manfaat menuam ais batu pada wajah, seperti:

  1. Ais batu menjadikan kulit lebih bersinar: sapuan ais pada muka dapat meningkatkan peredaran darah ke kulit dan menjadikannya cerah.
  2. Kurangkan mata sembap dengan sapuan air batu: mata bengkak sering terjadi akibat kurang tidur atau mata stres, namun ais dapat membantu mengatasinya. Hanya sapukan ais pada kawasan terjejas dan bengkak akan hilang.
  3. Mengurangkan tanda penuaan penting dalam kecantikan wajah: kerisauan wanita akibat penuaan yang cepat boleh diatasi dengan penggunaan ais batu pada wajah.
  4. Sapuan ais batu bantu meningkatkan penyerapan produk lain: sekiranya anda menyapu ais batu pada kulit wajah sebelum menggunakan sebarang produk penjagaan kulit lain, tindakan itu dapat membantu meningkatkan keupayaan penyerapan kulit.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here