Home Sukan MAN UNITED BURU KHIDMAT ESTUPINAN

MAN UNITED BURU KHIDMAT ESTUPINAN

359
0

MANCHESTER: Manchester United berminat menandatangani bek kiri Brighton, Pervis Estupinan.

Estupinan antara tonggak utama The Seagulls sejak dia menyertai kelab itu dari Villarreal pada tahun 2022.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, pemain Ecuador itu membuat 30 penampilan Liga Perdana Inggeris musim lalu dan menyumbang satu gol serta satu bantuan gol.

Kontraknya di Brighton masih berbaki dua tahun, tetapi kelab sedia menerima tawaran untuk Estupinan pada musim panas ini.

Skuad kendalian Fabian Hurzeler sudah memperkuat pertahanan kirinya pada musim panas ini selepas menandatangani Maxim De Cuyper dari Club Brugge.

United dilaporkan sudah memulakan rundingan dengan wakil Estupinan, tetapi kini terpaksa bersainga dengan AC Milan.

Luke Shaw dan Patrick Dorgu antara pilihan Ruben Amorim untuk posisi berkenaan, dengan pengendali United itu dijangka akan meneruskan sistem bek sayap musim depan.

Sementara itu Tyrell Malacia dijangka akan meninggalkan kelab dan dia salah seorang daripada lima pemain yang dipinggirkan ketika latihan pra-musim.

United sudah menandatangani Matheus Cunha dari Wolves dan pemain remaja sensasi Paraguay, Diego Leon dari Cerro Porteno pada musim panas ini.

Skuad kendalian Amorim juga sedang berunding dengan Brentford berkenaan perpindahan Bryan Mbeumo.

Jadual pra-musim United akan bermula dengan menentang Leeds di Stockholm pada Sabtu. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here