Home Luar Negara MAHKAMAH AGUNG GHANA TANGGUH KEPUTUSAN RANG UNDANG-UNDANG ANTI-LGBTQ

MAHKAMAH AGUNG GHANA TANGGUH KEPUTUSAN RANG UNDANG-UNDANG ANTI-LGBTQ

324
0

ACCRA: Mahkamah Agung Ghana, semalam menangguhkan keputusan kes bagi menghalang parlimen daripada menghantar rang undang-undang anti-LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) kepada Presiden Nana Akufo-Addo untuk kelulusan akhir.

Keputusan itu bermakna perbahasan mengenai rang undang-undang itu, yang mendominasi wacana politik Ghana sejak parlimen meluluskannya pada Februari lalu; akan diketepikan daripada kempen untuk pemilihan presiden pada Disember.

Ketua Hakim Negara, Gertrude Torkornoo, yang mempengerusikan panel lima anggota berkata, mahkamah akan mempercepatkan kes itu.

Bagaimanapun kes itu ditangguhkan tanpa tarikh untuk keputusan selanjutnya.

Peguam Negara Ghana, Godfred Dame mengalu-alukan keputusan mahkamah itu.

“Saya fikir mahkamah adil dalam memberikan pendekatan itu,” katanya.

Dua tindakan undang-undang mencabar “Rang Undang-undang Hak Seksual Manusia dan Nilai Keluarga”, berdepan kritikan antarabangsa yang meluas kerana mengekang hak asasi manusia.

Rang undang-undang itu, memperuntukkan hukuman penjara enam bulan hingga tiga tahun kerana bagi kesalahan seks LGBTQ.

Ia turut memperuntukkan hukuman maksimum lima tahun bagi kesalahan mempromosikan atau menaja aktiviti LGBTQS.

RUU itu mendapat kecaman daripada aktivis hak asasi manusia namun mendapat sokongan meluas di Afrika Barat yang konservatif.

Kementerian Kewangan Ghana memberi amaran bahawa negara itu, yang berada di bawah program pinjaman AS$3 bilion (RM13 bilion) daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berisiko kehilangan pembiayaan Bank Dunia itu disebabkan bil berkenaan.

Akufo-Addo, yang meletakkan jawatan selepas dua penggal, enggan meluluskan rang undang-undang berkenaan yang digelar sebagai rang undang-undang anti-gay.

Ia berdepan kritikan antarabangsa yang meluas, termasuk dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika SYARIKAT, dan Britain.

Bagaimanapun, ia mendapat sokongan yang ketara dalam kalangan Ahli Parlimen dan gabungan pemimpin tradisional Kristian, Islam dan Ghana. – AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here