Home Sukan MADDISON REHAT HINGGA TAHUN BARU

MADDISON REHAT HINGGA TAHUN BARU

FILE PHOTO: Soccer Football - Premier League - Tottenham Hotspur v Liverpool - Tottenham Hotspur Stadium, London, Britain - September 30, 2023 Tottenham Hotspur's Son Heung-min celebrates scoring their first goal with James Maddison, Pedro Porro, Cristian Romero and Destiny Udogie Action Images via Reuters/Peter Cziborra/File Photo

LONDON: Ange Postecoglou mendedahkan Tottenham dijangka beraksi tanpa James Maddison dan Micky van de Ven hingga tahun 2024.

Pemain pertahanan tengah antarabangsa Belanda, Van de Ven mengalami kecederaan hamstring manakala pemain tengah Maddison cedera di buku lalinya ketika tewas 4-1 di laman sendiri kepada Chelsea, Isnin lalu.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Pemain Spurs, Cristian Romero dan Destiny Udogie turut dibuang padang ketika kekalahan pertama mereka dalam liga musim ini, bermakna Postecoglou tidak boleh menurunkan beberapa pemain utama bagi kunjungan ke Wolves malam ini.

“Ada beberapa perkara yang berlaku selepas aksi Isnin lalu,” kata Postecoglou semalam.

“Micky jelas mengalami kecederaan hamstring, kami sedar ia agak teruk, mungkin beberapa bulan sebelum dia boleh kembali pada tahun baharu.

“Madders lebih buruk berbanding apa yang kami sangkakan. Dia dikeluarkan kerana kecederaan buku lali dan hari berikutnya keadaan menjadi lebih parah, jadi kami menghantarnya untuk membuat imbasan. Dia mungkin hanya boleh beraksi pada tahun baharu.”

Tottenham, yang menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris, satu mata di belakang pasukan juara Manchester City, terdahulu mengesahkan Maddison menarik diri daripada skuad England bagi aksi kelayakan Euro 2024 bulan ini. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here