Home Sukan LYLES LAUNG AMARAN SEBELUM OLIMPIK

LYLES LAUNG AMARAN SEBELUM OLIMPIK

181
0

LONDON: Noah Lyles meletakkan dirinya dalam persediaan sempurna menjelang Olimpik Paris apabila melakukan catatan terbaik peribadi ketika memenangi acara 100 meter pada kejohanan Liga Berlian awal pagi tadi.

Dalam acara pecut terakhir sebelum Olimpik, Lyles pantas meluru dari bloknya dan meninggalkan lawan di Stadium London untuk menang dengan masa 9.81 saat.

Lebih penting, dia mudah menewaskan sekelompok pelari yang dijangka mencabarnya di Paris dan kini kelihatan muncul pelari pecut yang perlu ditewaskan di ibu kota Perancis itu, dengan acara pembukaan hanya enam hari sahaja lagi.

“Ia menyeronokkan,” kata Lyles. “Saya mungkin boleh bermula lebih baik. Peralihan itu hebat dan hadir dengan catatan terbaik peribadi.

“Saya mahukan masa yang lebih pantas tetapi saya berdepan angin. Selepas membina keyakinan saya dan mengharungi 2021, ini sesuatu yang saya impikan dan apa yang saya mahukan.”

Mengenai Olimpik Paris, Lyles menambah: “Saya akan menang, ia sesuatu yang selalu saya lakukan. Saya semakin pantas setiap minggu.

“Catatan terbaik peribadi dan semakin pantas sebelum Paris. Saya mahu lakukan di bawah 9.80 – saya fikir saya berdepan angin seperti pelari lain.

“Saya tahu di mana saya menjelang Paris. Saya sedar saya akan menjadi tumpuan, saya sudah menanti saat ini selama enam tahun!”

Pelari Amerika Syarikat itu, yang menang emas berganda 100-200m pada kejohanan dunia di Budapest tahun lalu, tidak meragui dia boleh muncul juara jika segala-galanya berjalan lancar.

Pelari Afrika Selatan, Akani Simbine meraih masa terpantas musim ini dengan 9.85s di tangga kedua, manakala Letsile Tebogo dari Botswana melengkapkan podium dengan 9.88s untuk menyamai rekod kebangsaan miliknya sendiri.

Juara Britain, Louie Hinchliffe, pemenang Kejohanan NCAA musim ini, di tangga keempat dengan 9.97s, manakala Zharnel Hughes terpaksa berpuas hati di tangga keenam (10.00s) di belakang pelari Jamaica, Ackeem Blake (9.97s). – AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here