Home Buletin Semasa LKTN SERTAI KONVOI MERDEKA DENGAN 15 KERETA KE PULAU PINANG

LKTN SERTAI KONVOI MERDEKA DENGAN 15 KERETA KE PULAU PINANG

184
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menzahirkan semangat patriotisme dengan menyertai konvoi merdeka sebanyak 15 buah kereta dari Kelantan ke Pulau Pinang sempena bulan kemerdekaan.

Pengerusi LKTN, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah berkata, sambutan yang sudah menjadi tradisi itu melibatkan lebih 33 kakitangan LKTN.

“Kita akan konvoi ke Pulau Pinang pada hari ini dengan jarak 500 kilometer (km).

“Program Kibar Jalur Gemilang dan Jelajah Merdeka ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan kita tanpa mengira latar belakang agama yang kita anuti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Kibar Jalur Gemilang & Jelajah Merdeka, di LKTN, di sini, hari ini.

Datuk Wan Abd. Rahim berkata, setibanya di destinasi, pihaknya akan berkunjung di Syarikat Ecovet Pet Sdn Bhd yang terletak di Sungai Dua, Butterworth.

Tambahnya, beliau akan bergerak ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung, Pulau Pinang bagi bertukar pandangan serta menghadiri Perlawanan Sukan Persahabatan antara LKTN dan LKIM.

“Saya sendiri akan turun padang untuk mendekati pemain industri dengan hasrat dapat berkomunikasi secara terus bersama mereka bagi mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan industri kenaf,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here