Home Buletin Semasa LKTN, JAPEN SEMARAK MERDEKA MENERUSI JELAJAH MERDEKA

LKTN, JAPEN SEMARAK MERDEKA MENERUSI JELAJAH MERDEKA

213
0

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bekerjasama dengan Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Kelantan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 menerusi penganjuran program Kibar Jalur Gemilang dan Jelajah Merdeka.

Pengerusi LKTN, Datuk Wan Abd Rahim Abdullah berkata, program itu melibatkan konvoi ke tiga negeri selama tiga hari iaitu berakhir semalam.


Menurutnya program tersebut disertai 14 kenderaan LKTN termasuk sebuah bas dengan keseluruhan 40 peserta.


“Konvoi Jelajah Merdeka dan kibar Jalur Gemilang ini bermula dari Kelantan ke Perak dan berakhir di Kedah pada semalam, Selasa (21 Ogos).

“Program ini melibatkan jarak sejauh 400 kilometer bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.

“Program jelajah ini turut melibatkan persinggahan di beberapa tempat bertujuan menyemai semangat patriotisme serta nasionalisme dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Program yang diadakan di Pejabat LKTN Kelantan Ahad lalu turut dihadiri Ketua Pengarah LKTN Idris Mohd Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Katanya secara tidak langsung, program tersebut dapat menyemai semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang warna kulit, agama, pangkat dan darjat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here