Home Buletin Semasa LESEN PSV PEMANDU GRAB LAKUKAN GANGGUAN SEKSUAL DIBATALKAN –LOKE

LESEN PSV PEMANDU GRAB LAKUKAN GANGGUAN SEKSUAL DIBATALKAN –LOKE

250
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memandang serius terhadap insiden seorang pemandu Grab berhubung gangguan seksual ke atas penumpang di Johor Bharu, Isnin lalu.

Menterinya, Anthony Loke mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu berkenaan serta merta.

“Tindakan pembatalan PSV itu mengakibatkan pemandu tersebut tidak boleh berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing.

“MOT melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga akan memanggil semua pengendali e-hailing termasuk Grab untuk membentangkan pelan tindakan penambahbaikan untuk keselamatan penumpang,”katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Beliau berkata MOT juga tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang menganggu gugat keselamatan penumpang serta bersedia menyokong pihak mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pihak pelaku,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, tular sebuah video memaparkan seorang pemandu e-hailing melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita

Video yang dilaporkan dirakam sendiri oleh penumpang terbabit menunjukkan pemandu berkenaan menghulurkan tangannya ke belakang untuk menyentuh wanita tersebut, namun ditepis.

Pemandu itu juga didakwa bertanyakan umur wanita berkenaan serta berapa ‘harganya’ dalam bahasa Mandarin.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here