Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki warga Thailand dipercayai cuba menyeludup pelbagai barangan runcit tanpa dokumen sah di Sekatan Jalanraya Chabang Empat Salam, di sini.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata penahanan itu dilakukan sepasukan anggota BN 9 PGA pada jam 9 pagi, pada Sabtu, apabila menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.
“Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai barangan runcit yang dipercayai diseludup dari Thailand dalam kereta suspek tanpa dokumen yang sah.
“Suspek seorang lelaki Thailand berumur 36 tahun ditahan. Anggaran nilai rampasan bernilai RM 68,840 termasuk kenderaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. Barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






