Home Luar Negara LELAKI DITAHAN PANDU ‘MUSCLE CAR’ 250 KM/J

LELAKI DITAHAN PANDU ‘MUSCLE CAR’ 250 KM/J

BRUSSELS: Seorang individu yang bercita-cita menjadi pempengaruh Instagram (IG) ditahan di Belgium selepas merakamkan dirinya memandu muscle car (kereta berkuasa tinggi) pada kelajuan sehingga 250 kilometer sejam (km/j) untuk tatapan 40,000 pengikutnya, kata pendakwa raya pada 22 Disember lalu.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro polis dilaporkan memburu suspek itu sejak lebih enam bulan selepas pertama kali melihat video itu dalam talian.

Suspek dikatakan menyewa lebih 70 kereta berkuasa tinggi, yang berdaftar di luar negara iaitu di Jerman dan Poland, dan membawanya ke Belgium, sejak dua tahun lalu, menurut Pejabat Pendakwa Raya.

Dia akhirnya ditahan pada 7 Disember lalu selepas didapati memandu di bawah pengaruh dadah, walaupun lesennya sudah digantung.

Bagaimanapun, suspek diikat jamin pada khamis dan perlu memakai gelang elektronik.

Pendakwa raya memberi amaran suspek boleh menghadapi hukuman penjara yang berat.

Sementara itu, polis akan terus memantau akaun media sosial yang disyaki untuk kesalahan pemanduan yang serius. – AFP, HMetro –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here