KOTA BHARU: Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Kelantan, mengadakan lawatan kerja di Wisma I Medikel Pharma Holding (IMPHB), di Jalan Telipot, di sini, hari ini.
Dalam lawatan tersebut, Pengarah JaPen, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata, jalinan kerjasama antara jabatan kerajaan dan swasta amat dialu-alukan.
Katanya, jabatan kerajaan sangat berterima kasih kepada agensi swasta dalam usaha sama dalam mengeratkan silaturahim bersama sesebuah agensi.

Dalam pada itu, Nor Aswadi berkesempatan melawat sekitar ruangan pejabat i medikel khususnya bahagian media I medikel tv.
Nor aswadi meninjau bilik rakaman suara dan studio buletin I medikel tv.
Beliau juga berkesempatan untuk merasai pengalaman dalam membaca buletin di studio I medikel tv.
Hadir sama dalam lawatan tersebut, Penolong Pengarah JaPen cawangan media siber, Hasim Mohamed dan Presiden IMPHB, Yusmat Mamat.
Imedikel TV






