Home Buletin Semasa LAKUKAN AKTIVITI SUKAN TERTUTUP

LAKUKAN AKTIVITI SUKAN TERTUTUP

224
0

Oleh: NIK Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Aktiviti sukan tertutup mampu memberi nafas baru kepada aktiviti bersukan kepada masyarakat di negeri ini khususnya selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsudin, cuaca yang ekstrem selepas Covid-19 juga  adalah salah satu faktor halangan kepada penurunan kadar aktiviti sukan.

“Kalau kita boleh lihat, keadaan cuaca sekarang memang tidak menentu. Kalau tengahari  ia panas melampau. Ini boleh menyebabkan strok haba. Manakala kalau waktu petang, bukan setakat hujan tetapi diikuti ribut dan petir.

“Disebabkan cuaca tidak menentu juga, aktiviti sukan agak terbatas,”katanya kepada pemberita selepas Perasmian Persidangan Antarabangsa Sains Dan Sukan Kali Ke-13 (13TH ISSC), Di Dewan Kuliah 4, Usm, Kubang Kerian, di sini, Isnin.

Beliau berkata, kewujudan gymnasium, tempat rekreasi tertutup, gelanggang badminton, futsal dan lain-lain.

“Kewujudan tempat-tempat sebegitu boleh menaikkan kadar aktiviti bersukan kepada masyarakat.

“Jadi, mereka tetap boleh bersukan seperti biasa di tempat tertutup,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here