Home Buletin Semasa KPT ARAH IPT PATUH SOP SUSULAN PENUNTUT UNIVERSITI DIBUNUH

KPT ARAH IPT PATUH SOP SUSULAN PENUNTUT UNIVERSITI DIBUNUH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengingatkan semua Institut Pengajian (IPT) sama ada awam atau swasta bertanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalaman yang ditetapkan sebagai langkah memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.

KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan hal tersebut penting bagi memastikan tahap keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Pematuhan ini juga adalah penting bagi memastikan perlindungan menyeluruh terhadap pelajar yang berada di bawah tanggungjawab universiti.

KPT juga sentiasa komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam memastikan setiap IPT kekal sebagai persekitaran yang selamat, kondusif dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan para pelajar,”menurut kenyataan itu.

Mengulas lanjut KPT sedang menunggu laporan penuh hasil siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

“KPT menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga penuntut sebuah universiti di Cyberjaya yang dilaporkan meninggal dunia pada pagi kelmarin.

“Sehubungan itu, pihak KPT menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan sensitiviti pihak yang terlibat,”menurut kenyataan.

Sebelum ini media melaporkan seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya dilaporkan ditemukan maut dalam rumahnya dipercayai dibunuh pagi kelmarin.

Mangsa berusia 20 tahun berasal dari Sarawak itu ditemukan maut oleh rakan serumah dengan kesan kecederaan di kepala kira-kira jam 10.28 pagi di Mutiara Ville, Cyberjaya, di sini.

Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati, tidak terdapat sebarang kesan pecah masuk ke atas kediaman mangsa dan pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa mendapati terdapatnya kecederaan ditemukan di bahagian kepala.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here