Home Buletin Semasa KPDN KELANTAN RAMPAS 65 LITER MINYAK PETROL

KPDN KELANTAN RAMPAS 65 LITER MINYAK PETROL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas kira-kira 65 liter minyak petrol bersama sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan disyaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Turut ditahan seorang lelaki warga asing berusia 58 tahun dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.

Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan kepada KPDN sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil. – KPDN –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here