Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kelantan merampas 765kilogram (kg) minyak masak bersubsidi bersama sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan disyaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral, pada Rabu.
Pegawai Penguat Kuasa KPDN juga menahan seorang suspek warga tempatan berusia 30an, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pihak KPDN menerima tiga serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN. – KPDN –
IMedikel TV






