Home Buletin Semasa KPDN BANTU PELAJAR SARA HIDUP

KPDN BANTU PELAJAR SARA HIDUP

216
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada pelajar Tingkatan Enam iaitu yang mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) aliran agama dan pelajar Kolej Vakasional.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, sehingga kini seramai 4,116 pelajar Tingakatan Enam dan Kolej Vokasional telah menerima bantuan bernilai RM50 sebulan  dalam tempoh tiga bulan berturut-turut.

“Kita sedar bahawa Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional merupakan satu kategori pelajar yang agak tersempit kerana masih duduk di sekolah dan tak ada elaun bantuan dan pelajar kolej vokasional agak sukar untuk meneruskan aktiviti harian,”katanya ketika sidang media dalam  Program Outreach Sara Hidup dan Advokasi Kepenggunaan peringkat Negeri Kelantan, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pelajar berkenaan merupakan golongan yang mungkin menghadapi kesukaran kerana tiada bantuan elaun dan perlu tinggal di asrama selain memerlukan perbelanjaan dengan kos tertentu.

Tambahnya, permohonan itu dimasukkan dalam baucar Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai yang dimulakan kerajaan sejak tahun lalu.

“Kalau untuk isi minyak petrol dan untuk membeli alat tulis, data internet ataupun keperluan kebersihan diri memang tak ada masalah boleh gunakan termasuk pengangkutan,”katanya.

Beliau berkata pelajar tersebut juga memerlukan peruntukan yang besar dari segi perbelanjaan utama iaitu pembelian data internet dan pengangkutan.

Katanya, inisiatif untuk membantu golongan itu juga untuk mengelakkan daripada terus memikul bebanan untuk menyara diri di asrama.

Dalam pada itu, e-dompet juga akan disekat jika didapati ada salahguna termasuk pembelian aplikasi permainan dalam talian yang tidak bermanfaat kepada pelajar.

Hadir sama, Pengarah KPDN negeri Kelantan, Azman Ismail.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here