Home Buletin Semasa KESINAMBUNGAN “PAYUNG RAHMAH” DITERUSKAN

KESINAMBUNGAN “PAYUNG RAHMAH” DITERUSKAN

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, Menterinya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub kerap memberi tugasan dan tanggungjawab untuk melakukan tugas kepadanya sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata demi meneruskan kesinambungan itu, pihak KPDN amat komited dan akan tetap meneruskan legasi Payung Rahmah yang diperkenalkan oleh Allahyarham.

“Seingat saya sejak kebelakangan ini beliau banyak berpesan kepada saya dan meletakkan tanggungjawab itu serta menyerahkan tugas tersebut kepada saya. Mungkin beliau tahu beliau akan meninggalkan kita dan untuk juga memudahkan urusan kesinambungan kerja itu,”katanya ketika sidang media dalam Program Outreach Sara Hidup dan Advokasi Kepenggunaan Peringkat Negeri Kelantan, di sini, hari.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya tidak pernah berhenti untuk memastikan urusan kerja berjalan dengan lancar agar tiada yang ketinggalan.

“Arwah sentiasa berpesan, kalau ada apa-apa awak (saya) yang akan teruskan. Pesanan itu selalu diucapkan dalam masa beberapa bulan kebelakangan ni yang saya ingat mungkin itu caranya untuk memastikan bahawa tak ada yang tertinggal,”katanya.

Menurut Fuziah,  itu lah yang Allahyarham sering ungkap ketika menyerahkan tugasan kepadanya.

Namun, beliau berkata disebalik kesemua tugas itu ternyata mempunyai hikmah yang besar untuk kebaikan orang ramai.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here