Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Kerajaan dijangka meningkatkan peruntukan kenaikan gaji penjawat awam kepada RM18 bilion pada tahun hadapan berbanding RM10 bilion sebelum ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kos tersebut termasuk kenaikan kos sara hidup, khususnya membabitlan pendidikan dan kesihatan, demi memastikan kebajikan serta kedudukan penjawat awam lebih terjaga.
“Sebelum ini, kerajaan sudah mengumumkan pelarasan gaji bernilai RM10 bilion, menjadikannya antara kenaikan terbesar dan paling signifikan dalam sejarah negara, selepas kali terakhir dilakukan pada 12 tahun lalu.
“Bagi syarikat swasta, kita juga menyeru agar bayaran gaji pekerja minimum RM1,700, dan syarikat kerajaan pula sebanyak RM3,100.
“Ada syarikat yang untungnya besar tetapi gaji pekerja masih kekal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Kelantan 2025 di Perkarangan Stadium Muhammad IV di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
IMedikel TV






