CIUDAD: Tambah beliau, kematian berlaku Rabu lalu apabila lombong berkenaan dinaiki air selepas hujan lebat, sekali gus menyekat bekalan oksigen kepada pelombong di dalamnya.
Jumaat lalu, lima mayat sudah ditemui dan semalam, tujuh lagi mayat dibawa keluar tetapi tiada satu pun dapat dikenal pasti setakat ini.

Pada 2021, tanah runtuh di lombong emas yang sama menyebabkan satu kematian manakala 34 yang lain diselamatkan.
Selatan venezuela mempunyai banyak lombong emas yang sah dan haram, di mana perlombongan yang tidak terkawal sering menyebabkan kemalangan.
Sumber BH Online & AFP
Imedikel TV






