Home Buletin Semasa KKR KELUAR SST BAGI 35 KONTRAKTOR KELANTAN NILAI RM15.68 JUTA

KKR KELUAR SST BAGI 35 KONTRAKTOR KELANTAN NILAI RM15.68 JUTA

149
0

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV

GUA MUSANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengeluarkan 35 bilangan Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan untuk kontraktor di Kelantan dengan nilai keseluruhan RM15.98 juta bagi projek pembangunan di Kelantan.

Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Pembangunan KKR, Datuk Zahrul Hakim Abdullah berkata SST tersebut dikeluarkan bagi tujuan pelaksanaan beberapa projek pembangunan di Kelantan melibatkan bangunan, infrastruktur dan perkhidmatan kepada beberapa syarikat kontraktor terpilih.

“Penyerahan SST ini melibatkan 35 syarikat kontraktor yang berjaya mendapatkan tender bagi 35 projek tersebut.

“Dua projek lagi melibatkan pembinaan dewan terbuka Agensi Pertahanan Awam (APM) jajahan Gua Musang dan satu lagi ialah naik taraf insfrastruktur Universiti Malaysia Kelantan (UMK) cawangan Jeli,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Projek-Projek Negeri Kelantan, di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Gua Musang, hari ini.

Zahrul Hakim berkata, daripada nilai keseluruhan hampir RM16 juta tersebut, projek naik taraf infrastruktur kampus UMK Jeli mendapat peruntukan yang paling besar iaitu sebanyak RM6.06 juta.

Menurutnya peruntukan itu diikuti dengan projek pembinaan dewan terbuka APM Gua Musang dengan nilai sebanyak RM1.68 juta.

“Bagi projek pembangunan lain pula melibatkan lapan kerja pemasangan lampu jalan di kawasan kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.3 juta.

“Selain itu 25 projek melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan di sekitar jajahan negeri Kelantan,” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here