Home Buletin Semasa KESEMPITAN HIDUP BUKAN MODAL UNTUK GAGAL

KESEMPITAN HIDUP BUKAN MODAL UNTUK GAGAL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA KRAI: Walaupun dihimpit kesempitan hidup, namun hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini akhirnya membuahkan hasil.

Yayasan Pelajaran Mara menyerahkan sumbangan secara “one off” kepads Hilmi.

Che Adam Hilmi Che Noor Shan, 18, dari Kampung Telekung, di sini, mendapat tawaran melanjutkan pengajian di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Terengganu.

“Saya bersyukur kerana ada pihak yang sudi memberi sumbangan kepada saya untuk melanjutkan pengajian.

“Saya akan mendaftar diri pada 23 Julai (esok). Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu saya,”katanya.

Anak bongsu daripada enam beradik itu mendapat tawaran sambung belajar dalam jurusan  Diploma Perakaunan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNIZSA).

Raja Shamri (kiri) menyampaikan sebuah komputer riba sumbangan Teacherfiera kepada Hilmi, di Kampng Telekung, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri, Dr Raja Shamri Raja Husin, berkata pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Kami akan lebih agresif membantu anak-anak dalam golongan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkaat lebih tinggi.

“Ini kerana mereka boleh keluar dari kepompong kemiskinan selepas tamat belajar kelak. Semoga anak-anak ini belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang lebih baik lagi,”katanya.

Pihaknya juga menyerahkan komputer riba sumbangan daripada Teacherfiera manakala mesin pencetak (printer) dan sedikit wang tunai adalah sumbangan orang ramai.

Dalam pada itu, Yayasan Pelajaran Mara turut menyerahkan sumbangan secara ” one off ” kepada Hilmi sebagai persediaan untuk mendaftar di UNISZA nanti.

Hadir sama Pegawai Mara Daerah Kuala Krai yang mewakili Pengarah Mara Negeri Kelantan, Tuan Syed Mohd Hafiz serta pegawai daripada Yayasan Pelajaran Mara Ahmad Fazran dan Nik Ahmad Kamil.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here