Home Luar Negara KERETA API TERBAKAR DALAM TEROWONG

KERETA API TERBAKAR DALAM TEROWONG

180
0
Members of the fire brigade are seen near the Terfener tunnel in Fritzens, western Austria, where a fire broke out for unknown reasons on June 7, 2023. A Nightjet train with about 200 passengers on board was in the tunnel at the time the fire broke out. No casualties were reported so far. (Photo by ZOOM.TIROL / APA / AFP) / Austria OUT

VIENNA: Kira-kira 200 penumpang di Austria dipindahkan Rabu selepas kereta api yang mereka naiki terbakar di dalam terowong, kata pihak berkuasa.

Kira-kira 45 penumpang mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu, berkemungkinan akibat terhidu asap, polis tempatan memberitahu AFP.

Kereta api itu menuju ke Hamburg dan Amsterdam melalui terowong berhampiran bandar Innsbruck di banjaran Alps Austria pada petang Rabu, apabila wayar atasnya terputus, jurucakap pengendali kereta api Austria OeBB memberitahu AFP.

Kereta api yang membawa penumpang itu juga mengangkut kereta dan satu atau beberapa daripadanya terbakar akibat kabel yang rosak, kata jurucakap itu.

Kereta api OeBB itu meninggalkan Vienna pada petang Rabu dan dijadualkan tiba di Amsterdam pada pagi Khamis.

Sumber HMetro Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here