Home Buletin Semasa PERUNTUKAN LEBIH RM8 JUTA BAGI PROJEK PEMBANGUNAN TANAH TERBIAR DILULUSKAN

PERUNTUKAN LEBIH RM8 JUTA BAGI PROJEK PEMBANGUNAN TANAH TERBIAR DILULUSKAN

201
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: 11 projek pembangunan tanah terbiar telah diluluskan dan mendapat peruntukan lebih RM8 juta bagi tujuan sektor pertanian di Kelantan pada tahun ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata projek itu mendapat kerjasama antara kerajaan negeri bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Antara isu yang sentiasa timbul adalah berkait dengan isu tanah terbiar, pembangunan tanah terbiar menjadi perkara penting dalam memaksimumkan penggunaan tanah.

“Berdasarkan rekod bermula tahun 2006 sehingga 2023, data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian menunjukkan seluas 3,332.92 hektar tanah terbiar telah dibangunkan dan diusahakan dengan jumlah peruntukkan keseluruhan sebanyak lebih RM26 juta daripada kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Ekspo Tani Kelantan 2024, di Dataran Bandar Baharu Pasir Mas, di sini, hari ini.

Jelasnya, antara projek yang dibangunkan adalah projek komuniti usahawan ternak ternakan ayam penelur dan pembinaan struktur reban ayam automatik di Agro Valley dan Rong Chenok, Pasir Mas.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO Dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhammad.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here