Home Buletin Semasa BUDAYAKAN KONSEP TABAYYUN UNTUK SAMPAIKAN MESEJ REPADUAN

BUDAYAKAN KONSEP TABAYYUN UNTUK SAMPAIKAN MESEJ REPADUAN

398
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 bertujuan untuk menyampaikan mesej perpaduan dan juga kenegaraan melalui kempen kibar Jalur Gemilang.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata pihaknya juga ingin membudayakan konsep tabayyun supaya masyarakat mendapat maklumat yang sahih sahaja dan tidak terpengaruh dengan segala bentuk dakyah.

“Kita mengharapkan dengan kempen ini, rakyat Kelantan secara umumnya dapat mengibarkan bendera kita di rumah, di kedai, pejabat, di kenderaan dan kibarlah dengan bentuk yang sempurna.

“Elak daripada kita membuat perkara yang boleh menghina bendera kita kerana bendera maruah negara kita. Perbuatan yang dianggap menghina adalah meletakkan jalur gemilang di tempat yang tidak sepatutnya, menggantung dengan terbalik, kena berhati-hati dan boleh rujuk website JaPen tatacara gantung bendera,”katanya kerika ditemui pemberita di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan KMJG 2023 Peringkat  Negeri Kelantan, di Mydin Mall, Tunjong, di sini, hari ini.

Beliau berkata kembara yang bermula semalam di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli berakhir di kawasan zon hasil laut Kampung Pacakan, sempadan Kelantan-Terengganu iaitu di kawasan Pasir Puteh untuk penyerahan Jalur Gemilang kepada Konvoi KMJG Terengganu.

“Kita menerima Jalur Gemilang konvoi Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perak, disambut di. Di Kelantan ada 7 lokasi check point kita bermula dari Jeli, semalam kemudian kita bergerak ke Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai dan seterusnya ke hadapan Balai Polis Laloh dan berakhir di jajahan Machang, Masjid Ubudiyyah Kampung Labok, Machang.

“Kembara hari ini akan menjelajah ke Bachok, berhenti di uptown Jelawat untuk mengedarkan Jalur Gemilang dan sterusnya ke Tok Bali di kawasan perumahan nelayan Tok Bali, berakhir di Pasir Puteh,”katanya.

Menurut Aswadi, sempena 66 tahun mencapai kemerdekaan, pihak JaPen juga mendapat kerjasama daripada 66 kenderaan sepanjang konvoi di negeri ini.

Aswadi berkata kenderaan itu daripada agensi kerajaan, kerjasama baik daripada pihak NGO tempatan di bawah komuniti di bawah JaPen, pacuan empat roda 4×4 termasuk motor berkuaasa tinggi.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here