Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Tahun ini cukup bertuah bagi I Medikel Pharma Holdings kerana berpeluang menyertai konvoi serta menjadi sebahagian daripada penaja untuk program berprestij ini bersama dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan.

Menurut Presidennya, Yusmat Mamat, beliau bersyukur kerana program tersebut berjalan dengan lancar.

Presiden Imedikel, Yusmat Mamat
“Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada seluruh team kita dalam menjayakan program ini selama dua hari.
“Saya juga berterima kasih kepada pihak JaPen kerana memberi peluang kepada team kita untuk ikut serta dalam konvoi merdeka kali ini dan InsyaAllah akan terus bekerjasama lagi di masa akan datang,”katanya ketika menghubungi wartawan I Medikel TV, di sini, hari ini.

Yusmat kini berada di Jakarta, Indonesia untuk urusan perniagaan di sana.
Kemuncak Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 peringkat Negeri Kelantan dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti menarik.

Berlangsung di Mydin Mall, Tunjong, di sini, dengan aktiviti seperti pertandingan Bintang Patriotik dan Mari Mewarna cukup menggalakkan.
Imedikel TV






