Home Buletin Semasa KEMERIAHAN KMJG 2023 DI KELANTAN

KEMERIAHAN KMJG 2023 DI KELANTAN

349
0

Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikel TV

MACHANG: Kibaran Jalur Gemilang menghiasi Konvoi Merdeka 2023 Peringkat Negeri Kelantan pada kali ini.

Sambutan hari ini cukup meriah tidak kira daripada peserta konvoi serta penduduk setempat.


Anggaran 70 biji kenderaan menyertai Konvoi Merdeka beserta diiringi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM serta pasukan motor berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur bersama menyertai Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 kali ini.

Antara aktiviti yang dibuat pada hari ini adalah pembahagian sumbangan daripada pihak Telekom Malaysia (TM) kepada golongan asnaf  di Jeli, Kuala Krai dan Machang serta pembahagian Jalur Gemilang kepada penduduk setempat.

KMJG 2023 bermula di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli dan berakhir di Labok, Machang pada hari pertama dan kemudian akan disambung semula pada esok bermula di Kota Bharu.

KMJG 2023 ini akan berakhir pada 31 Ogos 2023 di Putrajaya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here