Home Segmen Kesihatan KELOPAK MATA BERNANAH: ANTARA TANDA BINTITAN ATAU JANGKITAN SERIUS MATA

KELOPAK MATA BERNANAH: ANTARA TANDA BINTITAN ATAU JANGKITAN SERIUS MATA

451
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Rasa gatal, pedih atau kelopak mata bernanah mungkin kelihatan ringan, namun ia sebenarnya boleh menjadi petanda kepada beberapa masalah kesihatan mata yang memerlukan perhatian segera.

Isu berkenan dikongsi menerusi laman web aladoktor oleh seorang doktor perubatan di Indonesia, Dr Devika Y.

Menurut Dr Devika Y antara punca utama keadaan itu termasuk bintitan (hordeolum), iaitu benjolan kecil menyerupai jerawat atau bisul di kelopak mata yang boleh pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini sering menyebabkan kelopak mata bengkak, merah, berair dan disertai pengeluaran kotoran mata.

Selain itu, kalazion turut menjadi penyebab biasa iaitu benjolan pada kelopak mata akibat penyumbatan kelenjar minyak, yang menyebabkan iritasi ringan dan mata berair.

Masalah lain seperti blefaritis (radang kelopak mata), dakrioadenitis (radang kelenjar air mata) dan dakriosistis (radang saluran air mata) juga boleh menyebabkan simptom serupa jika tidak dirawat dengan betul.

Bagi mengurangkan ketidakselesaan, orang ramai disarankan:

a) Menekap atau meletakkan kain yang direndam dalam air suam pada bahagian mata yang sakit dan dilakukan beberapa kali dalam sehari.

b) Tidak menggosok mata,

c) Mengelakkan penggunaan solekan mata atau kanta sentuh, dan

d) Memberi rehat mencukupi kepada mata.

Penggunaan pelindung mata turut digalakkan jika perlu keluar rumah bagi mengelakkan jangkitan lanjut.

Sekiranya keadaan tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan selepas dua hingga tiga hari, atau gejala seperti mata kabur, silau, sakit kepala dan nanah pecah berlaku, individu disarankan segera mendapatkan rawatan daripada pakar oftalmologi.

Rawatan bergantung kepada punca, termasuk penggunaan titisan atau antibiotik, ubat-ubatan, atau prosedur pengeluaran nanah jika perlu.

Masalah kelopak mata bernanah tidak wajar dipandang ringan kerana rawatan awal boleh mencegah komplikasi dan membantu memulihkan kesihatan mata dengan lebih cepat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here