Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memansuhkan tarikh tutup permohonan kuota penggajian pekerja asing yang sebelum ini ditetapkan pada 31 Mac ini.
Menurut notis makluman yang dikeluarkan kementerian itu, permohonan kuota penggajian pekerja asing di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri (OSC KDN) adalah dibuka tanpa had.
KDN memaklumkan, pelaksanaan permohonan berkenaan bagaimanapun masih tertakluk kepada dasar semasa kerajaan.
Menurut kenyataan, sistem temu janji bagi urusan di OSC KDN boleh dilayari melalui pautan https://que05-my.qbe.ee/KDN-OSC.
Orang ramai juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara itu melalui e-mel rasmi OSC KDN yang disediakan oleh kementerian berkenaan.
IMedikel TV






