GEORGETOWN: Pendedahan Hari Karnival Pelaut& Rumah Api 2024 memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat menjadi pelaut di Negara ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata terdapat lebih kurang 11, 000 pelaut di Malaysia.\
”Jumlahnya bukanlah besar berbanding negara lain.
“Tujuan dan harapan kita untuk memperkenalkan juga profesion pelaut kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan muda kerana terdapat banyak peluang pekerjaan di laut,”katanya kepada opemberita di sidng media selepas Perasmian hari Karnival Pelaut&Rumah Api 2024, di Straits Quay, di sini, hari ini.
Tambahnya, Malaysia mempunyai pesisir pantai yang panjang dan terdapat banyak aktiviti ekonomi di lautan.
”Ini termasuklah aktiviti atau kegiatan kapal-kapal kargo, kap[al penumpang, feri, kapal-kapal persiaran dan sebagainya.
”Dan dalam paradigm itu terdapat banyak aktiviti atau industri sokongan yang menyokong aktiviti maritim termasuklah di pelabuhan dan sebagainya.
”Jadi seafarers ni memainkan peranan utama dalam ekonomi global kerana tanpa aktiviti maritim, ekonomi global tidak boleh dilakukan dan kita mahu memperkenalkan seafarers sebagai profesion kepada generasi muda,”katanya.
Tambahnya, dengan adanya karnival tersebut memberi pendedahan kepada golongan muda itu menceburi profesion perkapalan atau maritim itu.