Home Buletin Semasa IMEDIKEL FARMASI SEDIA PERKHIDMATAN KEPADA PELAUT

IMEDIKEL FARMASI SEDIA PERKHIDMATAN KEPADA PELAUT

170
0

Nik Nur Zakia Abdullah @IMedikel TV

GEORGETOWN: I Medikel Farmasi tidak ketinggalan menyertai Hari Karnival Pelaut&Rumah Api 2024 yang diadakan pada hari ini.

Ahli Farmasi, Faiz Syahiran Mohamad berkata pihaknya menyediakan perkhidmatan kepada pelaut pada karnival tersebut.

“Hari ini adalah hari sambutan Seafares&Lighthouse 2024. Karnival ni diadakan setiap tahun bagi meraikan perkhidmatan pelaut.

“Macam kami, kami bukan pelaut tetapi memberi perkhidmatan kepada pelaut.

“Kami di I Medikel Farmasi, Alhamdulillah kita ada cabang baru. Kami membekalkan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di Straits Quay, di sini, hari ini.

Katanya karnival itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini 29 Jun dan berakhir esok, 30 Jun.

“Alhamdulillah untuk hari pertama kita lihat ramai pengunjung yang datang sejak awal pagi tadi. Sambutan amat memberangsangkan.

“Harapan saya selepas kita terlibat dalam cabang baru ini iaitu perkhidmatan I Medikel Farmasi maritim, yang baru saja bergiat awal tahun ini, kami berharap boleh pergi jauh lagi dan aktif berkecimpung dan terlibat dengan lebih banyak syarikat perkapalan di luar sana,” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here