Home Luar Negara KAPAL PENGANGKUT PESAWAT CHINA MELALUI SELAT TAIWAN

KAPAL PENGANGKUT PESAWAT CHINA MELALUI SELAT TAIWAN

138
0

TAIPEI: Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, dalam ketegangan terbaharu tentera ke atas pulau yang mendakwa Beijing sebagai wilayahnya, Kapal pengangkut pesawat China, Shandong mula belayar melalui Selat Taiwan pada Sabtu diiringi dua kapal lain.

Kementerian itu berkata Shandong, yang ditugaskan pada 2019, belayar ke arah utara sekitar tengah hari melalui selat berkenaan.

Tentera Taiwan memantau rapi kumpulan itu menggunakan kapal dan pesawatnya sendiri dan “bertindak balas dengan sewajarnya”, kata kementerian itu dalam satu kenyataan ringkas.

Kementerian Pertahanan China tidak menjawab panggilan bagi mengulas dan angkatan tentera negara itu tidak menyebut mengenai pelayaran itu di saluran media sosial rasmi mereka.

Shandong menyertai latihan ketenteraan China di sekitar Taiwan bulan lalu, yang beroperasi di barat Pasifik.

Pada Mac tahun lalu, Shandong belayar melalui Selat Taiwan, hanya beberapa jam sebelum presiden China dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan perbincangan.

China meneruskan aktiviti ketenteraan dalam skala yang lebih kecil di sekitar Taiwan selepas secara rasmi menamatkan permainan perangnya bulan lalu.

Pada Sabtu, Kementerian Pertahanan Taiwan juga berkata dalam tempoh 24 jam lapan jet pejuang China melintasi garis tengah selat itu, sesuatu yang sering dilakukan oleh pesawat perang China sejak permainan perang awal Ogos lalu.

Kerajaan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen mempertikaikan sekeras-kerasnya tuntutan kedaulatan Beijing dan berkata hanya penduduk pulau itu boleh menentukan masa depan mereka.

Sumber BH Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here