Home Hiburan KAMAL ADLI KECEWA GAGAL BERTEMU ANAK

KAMAL ADLI KECEWA GAGAL BERTEMU ANAK

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian pelakon Kamal Adli, 40, kecewa kerana tidak dapat bertemu anak perempuan tunggalnya seperti dirancang bagi mengubat kerinduan, baru-baru ini.

Kamal yang difahamkan berada di luar Kuala Lumpur, ketika itu, sanggup kembali ke ibu kota demi bertemu Hawra Uqaira yang berusia 19 bulan, namun, hasrat itu tidak kesampaian.

Luahan kesedihandikongsi Kamal pada hantaran Threads yang antara lain turut memohon maaf kepada pengikutnya kerana tidak dapat berkongsi foto baharu bersama anaknya.

“Rancangan tidak berjaya… Tidak dapat jumpa Hawra. Sia-sia turun Kuala Lumpur. Maaf rakyat, tiada gambar boleh dikongsi,” tulisnya pada hantaran itu.

Menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang sentiasa mengikuti perkembangannya, Kamal bagaimanapun bertindak memadam hantaran terbabit.

Sejak kemelut kes perceraiannya dengan isteri, Uqasha Senrose, 34, Kamal didapati aktif memuat naik hantaran dalam media sosial.

Pelakon filem Ops Daulat ini sering membuat hantaran mengenai luahan kerinduan terhadap anak dan perkembangan aktiviti karier seni yang mendapat perhatian netizen dengan kata-kata semangat diberikan.

Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu, atas alasan tiada persefahaman.

Kamal bagaimanapun enggan melafazkan talak terhadap Uqasha dan masih mahu mempertahankan perkahwinan itu. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here