Home Buletin Semasa JPN SELANGOR TEGAS TANGANI INSIDEN SALAH LAKU MURID DI RAWANG

JPN SELANGOR TEGAS TANGANI INSIDEN SALAH LAKU MURID DI RAWANG

9
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

SHAH ALAM: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memberi perhatian serius terhadap penularan video berkaitan insiden yang melibatkan salah laku murid di sebuah sekolah di Rawang baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, JPN Selangor memaklumkan insiden berkenaan kini berada dalam perhatian pihak polis dan pihaknya memberikan kerjasama penuh bagi membantu proses siasatan yang sedang dijalankan.

“JPN Selangor tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang boleh menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan murid.

“Tiadalah siapa yang akan dilindungi. Sesiapa sahaja yang didapati bersalah akan diambil tindakan tegas selaras dengan peraturan sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here