Home Buletin Semasa JPJ JOHOR SITA KENDERAAN DALAM OPS PEWA, PEMANDU WARGA ASING JADI SASARAN

JPJ JOHOR SITA KENDERAAN DALAM OPS PEWA, PEMANDU WARGA ASING JADI SASARAN

36
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor menegaskan tidak akan berkompromi terhadap pemandu warga asing yang didapati melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya menerusi pelaksanaan Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dipergiatkan di negeri ini.

Menerusi operasi yang dijalankan Unit Operasi JPJ Negeri Johor semalam, tumpuan penguatkuasaan diberikan di sekitar kawasan Kangkar Tebrau bagi mengesan pemandu warga asing yang gagal mematuhi syarat ditetapkan.

Menerusi kenyataan di laman rasmi, hasil operasi tersebut, pelbagai kenderaan sudah dikenakan tindakan sita selain notis kesalahan turut dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan yang didapati melakukan pelanggaran undang-undang jalan raya.

“Operasi berfokus itu dilaksanakan bagi memastikan setiap pemandu warga asing memiliki lesen memandu yang sah ketika memandu di negara ini.

“Selain itu, operasi berkenaan turut bertujuan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemandu warga asing yang tidak mematuhi peraturan jalan raya, sekali gus menjamin keselamatan pengguna jalan raya lain,”menurut kenyataan itu.

JPJ Negeri Johor berkata, usaha penguatkuasaan secara berterusan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap terbaik.

“JPJ Negeri Johor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here