Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan penularan maklumat palsu di media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung dakwaan pengeluaran “Kad Warga Emas Rasmi Malaysia”.
JKM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tiada sebarang pengeluaran kad berkenaan oleh jabatan itu.
Menurut JKM, maklumat tidak sahih yang tular berkenaan berpotensi mengelirukan orang ramai, khususnya warga emas serta ahli keluarga mereka.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat yang tepat, sahih dan terkini hanya melalui saluran rasmi JKM di Portal Rasmi JKM :www.jkm.gov.my Facebook :https://www.facebook.com/myjkmhq/ Instagram :https://www.instagram.com/jkmhq Tik Tok :https://www.tiktok.com/@jkmhq dan Laman X :https://x.com/jkmhq.
JKM turut mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau rujukan berkaitan perkhidmatan dan permohonan bantuan melalui Talian Kasih 15999, WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam, atau dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran.
Dalam pada itu, JKM menghargai kerjasama orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat terus terpelihara.
IMedikel TV






