Home Luar Negara JEPUN TINGKAT TAHAP KESELAMATAN SUSULAN KES TEMBAK TRUMP

JEPUN TINGKAT TAHAP KESELAMATAN SUSULAN KES TEMBAK TRUMP

165
0

TOKYO: Jepun memberi peringatan kepada pihak berkuasa keselamatan negara itu untuk memastikan keselamatan yang sewajarnya di program awam membabitkan ahli politik berikutan insiden tembakan Donald Trump.

Percubaan membunuh bekas presiden Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu mengimbau kembali kejadian pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada 2022.

“Percubaan membunuh Trump mendorong Agensi Polis Kebangsaan (NPA) Jepun mengarahkan pasukan polis di seluruh negara memperbaharui kewaspadaan mereka di sekitar lokasi program,” kata jurucakap tertinggi kerajaan, Yoshimasa Hayashi kepada pemberita.

Jepun mempertingkatkan langkah keselamatan kepada orang kenamaan sejak kejadian pembunuhan Abe, yang tidak dijangka polis di negara di mana keganasan senjata api amat jarang berlaku.

Kejadian itu membawa kepada peletakan jawatan ketua NPA, Itaru Nakamura, selepas mengakui terdapat kekurangan dalam rancangan keselamatan dan penilaian risiko yang asas.

Tidak sampai setahun kemudian, bahan letupan dibaling ke arah Perdana Menteri, Fumio Kishida, pada majlis Jepun menganjurkan dua mesyuarat menteri Kumpulan Tujuh (G7).

“Kishida terselamat daripada serangan itu tanpa kecederaan, tetapi ia tetap menjadi peringatan mengenai bagaimana lokasi ucapan oleh pegawai berpangkat tinggi boleh menjadi tempat berbahaya,” kata Hayashi.

Beliau juga mengulangi komen Kishida pada Ahad yang mengutuk serangan ke atas Trump sebagai tindakan keganasan yang tidak boleh diterima yang mencabar demokrasi.

“Kita mesti tegas dan menentangnya,” katanya. – AFP, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here