Home Luar Negara JEPUN, KOREA SELATAN, AS GABUNG RADAR KESAN PELURU BERPANDU KOREA UTARA

JEPUN, KOREA SELATAN, AS GABUNG RADAR KESAN PELURU BERPANDU KOREA UTARA

157
0

Tokyo, JEPUN: Pihak berkuasa pertahanan Jepun dan Korea Selatan akan bekerjasama untuk menghubungkan radar mereka melalui sistem Amerika Syarikat (AS) bagi berkongsi maklumat masa nyata mengenai peluru berpandu balistik Korea Utara.

Menurut sumber, Menteri Pertahanan dari Jepun, Korea Selatan dan AS merancang untuk mencapai persetujuan di luar sidang kemuncak pertahanan Asia, Dialog Shangri-La IISS yang akan diadakan di Singapura dari 2 hingga 4 Jun ini, di Singapura.

Bagaimanapun, jurucakap tertinggi kerajaan Jepun, Hirokazu Matsuno, berkata belum ada keputusan dibuat lagi mengenai perjanjian yang dirancang, tanpa mengulas lanjut.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, ketiga-tiga negara sudah berbincang untuk merangka langkah konkrit untuk meningkatkan perkongsian maklumat tetapi tiada apa-apa yang dimuktamadkan.

Keputusan itu menyusuli tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik pada kekerapan yang tidak pernah berlaku sebelum ini tahun lalu, memaksa ketiga-tiga negara pada November lalu bersetuju untuk mempercepatkan perkongsian maklumat berkenaan.

Jepun dan Korea Selatan dikaitkan secara bebas dengan sistem radar AS tetapi tidak dengan satu sama lain.

Hubungan antara sekutu Asia-AS semakin hangat sejak beberapa bulan kebelakangan ini dalam menghadapi ancaman Korea Utara.

Justeru, sebagai menyambung semula ‘diplomasi ulang-alik’ mereka, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida bertemu dengan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol di Seoul pada Ahad lalu, di mana mereka mengesahkan kemajuan dalam kerjasama pertahanan.

Pertemuan di luar Dialog Shangri-La IISS itu disifatkan sebagai pertemuan pertama seumpamanya sejak November 2019. 

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here