Home Sukan JDT DIJANGKA MAMPU LEDAK LEBIH 70 GOL

JDT DIJANGKA MAMPU LEDAK LEBIH 70 GOL

221
0

KUALA LUMPUR: Ketika ‘nafsu’ membuak-buak diperagakan Johor Darul Ta’zim (JDT) sepanjang musim ini, pendahulu Liga Super itu dijangka tidak berdepan masalah untuk mencatat rekod peribadi terbaharu bagi jaringan terbanyak semusim dalam liga.

Sejak 2013 yang menyaksikan mereka menjuarai saingan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut, rekod jaringan terbanyak yang dilakukan JDT adalah pada musim lalu iaitu dengan 61 gol.

Namun dengan prestasi yang disifatkan luar biasa ketika ini, mereka berada pada landasan tepat untuk memecahkan rekod yang dicatat mereka pada tahun lalu.

Ini kerana selepas mengharungi 12 perlawanan, mereka sudah menjaringkan 49 gol – pencapaian ini berjaya mengatasi rekod jaringan dalam semusim yang dilakukan mereka dalam lima musim terdahulu.

Mereka berjaya melepasi sekurang kurangnya angka 50 gol pada musim 2016 (56 gol), 2017 dan 2021 (50 gol) sebelum meledak 61 gol pada musim 2022.

Jika skuad bimbingan Esteban Solari mengekalkan prestasi mengagumkan sehingga penghujung musim, tidak mustahil mereka boleh melepasi angka 70 gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Malah, gandingan dua penggempur mereka, Fernando Forestieri dan Bergson da Silva turut menyumbang 21 gol buat JDT dalam liga setakat ini.

Naluri pemusnah Forestieri dan Bergson menyaksikan mereka sudah menghimpun 21 gol sekali gus mengatasi jumlah jaringan yang dihimpun oleh 10 pasukan Liga Super.

Hanya tiga pasukan yang mengatasi jaringan Forestieri dan Bergson iaitu Selangor FC (30 gol), Sabah FC (29 go) dan (Kedah Darul Aman (KDA) FC (24 gol).

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here