KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Jazmy Juma, 31, sah bergelar suami kepada Farah Ahtirah Rozman pada majlis pernikahan tertutup di Dewan Seri Seroja, Putrajaya, hari ini.
Memetik laporan Berita Harian, pasangan mempelai dinikahkan Haffizan Ibrahim dengan berwalikan abang pengantin perempuan, iaitu Muhd Azmeer Rozman. Jazmy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM555.
Pengurus Jazmy, Aszuad Zakaria memberitahu, Jazmy dan Farah sudah berkenalan sejak enam tahun lalu.
“Jazmy pilih melangsungkan pernikahan secara tertutup bagi menghormati permintaan keluarga isterinya,” katanya kepada BH Online.
Perkenalan Jazmy yang membintangi drama Hilang Dalam Rindu dan isterinya bermula melalui interaksi media sosial pada 2020. -BH Online-
IMedikel TV






