Home Luar Negara JAKARTA RANCANG LAKSANA BEKERJA DARI RUMAH JIKA BANJIR

JAKARTA RANCANG LAKSANA BEKERJA DARI RUMAH JIKA BANJIR

JAKARTA: Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro Gabenor Jakarta, Pramono Anung merancang untuk mengeluarkan saranan bekerja dari rumah (BDR) kepada kakitangan dan pekerja selain melaksanakan pembelajaran jarak jauh sekiranya terdapat tanda-tanda banjir seperti yang berlaku pada hujung minggu lalu, lapor ANTARA News.

“Jika banjir berlaku lagi, saranan BDR akan dikeluarkan namun, diharapkan keadaan itu tidak berulang. Hujan hujung minggu lalu, kebetulan berlaku ketika cuti umum panjang, jadi tidak timbul keperluan untuk bekerja dari rumah,” katanya pada sidang media di Dewan Bandaraya Jakarta, pada Rabu.

Beliau berkata, sekiranya terdapat petunjuk banjir pada hari bekerja, kerajaan akan segera memutuskan pelaksanaan BDR.

Menurut Anung, langkah itu bukan hanya membabitkan sektor pekerjaan malah, pembelajaran jarak jauh bagi institusi pendidikan turut akan dilaksanakan sekiranya keadaan banjir di Jakarta bertambah buruk.

Dalam pada itu, Kerajaan Wilayah Jakarta terus bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir termasuk melalui pelaksanaan operasi pengubahsuaian cuaca.

Selain itu, Anung mengarahkan supaya semua pam air di ibu kota dikendalikan pada kapasiti maksimum.

“Hampir semua wilayah di sepanjang pantai utara Jawa dilanda banjir. Namun, Jakarta mampu surut dengan cepat kerana kemudahan pam air yang mencukupi,” katanya.

Bagaimanapun, Anung memberi amaran bahawa jika purata taburan hujan minggu ini mencapai paras sama seperti Sabtu dan Ahad lalu iaitu melebihi 250 milimeter, banjir hampir pasti akan melanda Jakarta.

Sebelum ini, Anung menjelaskan bahawa Jakarta dinaiki air selepas taburan hujan sebenar didapati jauh lebih tinggi daripada ramalan.

Katanya, taburan hujan pada Sabtu mencecah antara 260 hingga 280 milimeter.

Beliau menambah operasi pengubahsuaian cuaca diarahkan pada Ahad sambal memberi amaran bahawa tanpa langkah berkenaan, lebih banyak kawasan di Jakarta berkemungkinan dilanda banjir.

Anung turut menegaskan bahawa operasi berkenaan berjaya mengurangkan impak bencana itu. – AGENSI, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here