Home Buletin Semasa ISUZU HICOM MALAYSIA SUMBANG 11 UNIT TRAK, BUKTI SOKONG TVET

ISUZU HICOM MALAYSIA SUMBANG 11 UNIT TRAK, BUKTI SOKONG TVET

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

PEKAN: Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd (IHM) menyumbang sebanyak 11 unit trak menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Sumbangan membabitkan trak model Isuzu ELF dan Forward itu digunakan sebagai kenderaan latihan praktikal bagi menyokong pembelajaran secara ‘hands-on’ dalam bidang kejuruteraan, struktur komponen, pengelenggaraan kenderaan dan latihan pemanduan.

Ketua Pegawai Eksekutif IHM, Koshi Yamaguchi berkata, sumbangan trak terbabit diharap dapat membantu meningkatkan lagi kemahiran pelajar selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkukuhkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

“Inisiatif IHM mencerminkan komitmen syarikat yang mengjangkau perniagaan teras untuk menyumbang kepada komuniti yang lebih luas.

“Trak Isuzu yang disediakan dapat menyumbang kepada pembangunan bakat kemahiran sambil menyokong pertumbuhan industri automotif dan pengangkutan di negara ini.

“Saya yakin kenderaan yang kami sumbang dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar melalui pendedahan praktikal seterusnya membantu membina keupayaan yang relevan dengan keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan 11 unit trak Isuzu kepada tujuh institusi vokasional dan teknikal di Pahang dan Terengganu di kilang Isuzu Hicom Malaysia Peramu Jaya, di sini hari ini.

Katanya antara institusi vokasional dan teknikal yang menerima sumbangan trak Isuzu berkenaan ialah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Giatmara, Kolej Komuniti Pekan, Universiti Automotif Malaysia (DHU) DRB-HICOM dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Terengganu.

Koshi berkata, ini bukan kali pertama pihaknya tampil menyumbang trak Isuzu kepada institusi vokasional dan teknikal untuk pembelajaran, sebelum ini program CSR itu pernah diadakan dalam skala kecil.

Sementara itu Naib Canselor DHU, Dr. Sharoul Janbari berkata usaha yang dilakukan IHM begitu bermakna yang dapat menyokong usaha melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan terutama membabitkan trak jenama Isuzu.

“Dengan adanya trak Isuzu sumbangan IHM dapat memudahkan lagi aktiviti mengajar dikalangan pensyarah, saya yakin pelajar lebih cepat mahir apabila berpeluang melihat semua bahagian pada trak,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here