Home Luar Negara ISRAEL PERLUASKAN MEDAN PERANG DI BANDAR GAZA

ISRAEL PERLUASKAN MEDAN PERANG DI BANDAR GAZA

GAZA: Agensi Pertahanan Awam Gaza mengesahkan serangan Israel semalaman membunuh 42 orang, ketika tentera rejim Zionis bersiap sedia melancarkan serangan baharu ke atas bandar terbesar di wilayah Palestin itu.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal, berkata beberapa serangan udara berlaku di sekitar bandar Gaza yang kini menjadi tumpuan tentera untuk ditawan, termasuk kawasan kejiranan seperti Al-Sabra yang mengorbankan lapan orang.

Beliau berkata serangan turut dilaporkan di kawasan lain di wilayah terbabit, dengan jumlah korban kini meningkat kepada 42 orang.

Bagaimanapun, tiada maklum balas segera daripada tentera Israel mengenai angka korban yang direkodkan.

Seorang penduduk Al-Sabri, Ibrahim Al-Shurafa, berkata keadaan di wilayah itu berada dalam keadaan bahaya susulan serangan demi serangan dilancarkan tentera rejim Zionis

“Keadaan amat berbahaya… Setiap hari, setiap minit, berlaku pengeboman, syahid, kematian dan pertumpahan darah. Kami tidak sanggup lagi.

“Kami tidak tahu hendak ke mana lagi. Kematian mengejar kami di mana-mana,” katanya yang serangan dan bedilan masih berterusan.

Ekoran sekatan media di Gaza serta kesukaran mengakses banyak kawasan mengakibatkan pihak AFP tidak dapat mengesahkan secara bebas jumlah korban, termasuk butiran diberikan oleh agensi pertahanan awam atau tentera Israel. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here