Home Luar Negara IRAN BENARKAN 6 KAPAL BANGLADESH LALUI SELAT HORMUZ

IRAN BENARKAN 6 KAPAL BANGLADESH LALUI SELAT HORMUZ

48
0

DHAKA: Memetik laporan Bernama-UNB menerusi Harian Metro duta Iran ke Bangladesh, Jalil Rahimi Jahanabadi pada Rabu berkata, Majlis Keselamatan Iran memberikan kebenaran kepada enam kapal Bangladesh yang terkandas untuk melalui Selat Hormuz, lapor United News of Bangladesh (UNB).

Bangladesh dan Iran sedang bekerjasama bagi memastikan kapal-kapal berkenaan pulang dengan selamat, katanya kepada pemberita di Kedutaan Iran.

Beliau turut menyatakan bahawa Menteri Luar Bangladesh, Dr Khalilur Rahman, mengutus surat kepada sejawatnya dari Iran pada Selasa bagi merakamkan penghargaan atas bantuan Iran dalam penghantaran pulang rakyat Bangladesh dari negara itu dengan selamat.

Sambil menyifatkan hubungan antara kedua-dua negara sebagai akrab, Duta itu berkata Iran menganggap Bangladesh sebagai negara bersaudara dan mengharapkan sokongan bersama ketika menghadapi waktu sukar.

Memetik Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), beliau berkata, pencerobohan oleh sesebuah negara terhadap negara lain adalah haram, dan mendakwa Iran adalah mangsa pencerobohan sedemikian.

Sambil menekankan identiti Bangladesh sebagai negara majoriti Islam serta keanggotaannya dalam PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Duta itu berkata, Iran mengharapkan Bangladesh mengutuk sekeras-kerasnya apa yang disifatkan beliau sebagai pencerobohan serta pembunuhan wanita dan kanak-kanak. – Bernama-UNB, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here