Home Luar Negara INSIDEN SIAM PARAGON: SUSPEK DISYAKI MENGHIDAP PENYAKIT MENTAL

INSIDEN SIAM PARAGON: SUSPEK DISYAKI MENGHIDAP PENYAKIT MENTAL

150
0

BANGKOK: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang terbabit dalam insiden tembakan rambang di pusat beli belah Siam Paragon, di sini, disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.

Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harian, Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol berkata, suspek sedang disiasat oleh Unit Jenayah Kanak-Kanak Polis Thailand.

Beliau berkata, suspek yang juga remaja lelaki bawah umur ditahan semalam bagi tujuan siasatan motif kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara yang mengorbankan tiga orang dan mencederakan empat yang lain.

Visual dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek dipercayai tidak melawan ketika ditahan pihak berkuasa.

Suspek juga ditahan kurang sejam selepas tembakan pertama dilaporkan di Siam Paragon Mall.

Jabatan Detektif Polis Metropolitan berkata di laman Facebook, seorang lelaki berusia 14 tahun disyaki bersenjata ditahan dan sedang disoal siasat berhubung kejadian di pusat beli-belah Siam Paragon.

Perkhidmatan kecemasan berkongsi imej seorang pegawai polis menahan dan menggari seorang individu dalam keadaan terlentang di atas lantai.

Biro Siasatan Pusat sebelum ini menyiarkan imej kasar di laman Facebooknya yang menunjukkan seorang individu yang mereka katakan lelaki bersenjata, berpakaian seluar kargo khaki dan topi besbol.

Video yang tidak disahkan di media sosial menunjukkan adegan huru-hara, dengan orang ramai, termasuk kanak-kanak berlari keluar dari pintu pusat beli-belah, manakala pengawal keselamatan mengantar mereka keluar.

Satu daripada video menunjukkan orang ramai berlindung di dalam bilik gelap dalam sebuah restoran, manakala televisyen secara langsung menunjukkan barisan lalu lintas yang panjang di luar pusat membeli-belah dalam hujan lebat.

Kes keganasan senjata api bukanlah perkara luar biasa di Thailand.

Sebelum ini, seorang bekas pegawai polis membunuh 22 kanak-kanak di taska tahun lalu semasa serangan senjata api dan pisau, manakala pada 2020 seorang askar menembak dan membunuh sekurang-kurangnya 29 orang dan mencederakan 57 dalam amuk yang menjangkau empat lokasi di dalam dan sekitar timur laut Thailand, bandar Nakhon Ratchasima.

Perdana Menteri Srettha Thavisin turut melahirkan kebimbangannya terhadap insiden itu.

“Saya mengetahui kejadian tembak-menembak di Siam Paragon dan mengarahkan polis untuk menyiasat. Saya paling bimbang mengenai keselamatan awam,” tulisnya di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

– REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here