Home Segmen Kesihatan IKHTIAR HAMIL DENGAN RAWATAN IVF

IKHTIAR HAMIL DENGAN RAWATAN IVF

152
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Ramai pasangan masih menanti kehadiran cahaya mata untuk menjadi penyeri dalam kehidupan rumahtangga mereka.

Khususnya, bagi pasangan yang tidak boleh hamil atau merasakan ketidaksuburan yang tidak jelas, pelbagai rawatan alternatif yang boleh mereka lakukan.

Sekiranya rawatan alternatif itu gagal, pasangan tersebut boleh cuba rikhtiar dengan melakukan rawatan persenyawaan in vitro fertilizatio (IVF).

Rawatan IVF ialah persenyawaan telur di luar badan dengan sperma yang diambil dari lelaki dan telur dari wanita kemudian digabungkan bersama, disenyawakan dan membentuk embrio.

Embrio tersebut dimasukkan semula ke dalam badan wanita.

Bagi proses pengambilan telur wanita, jarum halus digunakan dan dimasukkan ke dalam faraj dengan bantuan ultra bunyi untuk mengesan kedudukannya.

Apabila beberapa telur sudah diambil, ia kemudiannya akan disimpan di dalam bekas berisi cecair nutrtitif dan diinkubasikan sebelum disenyawakan.

Manakala, bagi lelaki, sperma dari testis akan diambil menerusi proses onani ataupun jarum halus bagi mengekstrak ia daripada testis lelaki jika perlu.

Walaubagaimanapun, rawatan ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

KELEBIHAN

  • Rawatan IVF boleh membantu melahirkan anak yang sihat.
  • Dalam kes tiub fallopio yang tersumbat atau rosak, ia mengurangkan keperluan untuk pembedahan. Oleh sebab permanian berlaku di luar badan, pembedahan invasif pada tiub fallopio mungkin tidak diperlukan.

KEKURANGAN

1.Kelahiran berganda

  • Anak yang dilahirkan mungkin akan menjadi kembar atau kembar tiga namun ada juga risiko komplikasi seperti kelahiran pra-matang, keguguran, darah tinggi semasa mengandung, anemia, atau kecacatan kelahiran.

    2. Kesan-kesan sampingan daripada ubat kesuburan

    • Mungkin akan mengalami sakit perut, murung, kembung perut dan sakit kepala akibat ubat kesuburan yang diberikan.

    3. Perbelanjaan

    • Bayaran boleh termasuk caj bagi ubat, ujian, pemprosesan, dan pemindahan embrio. Jika kitaran pertama gagal, anda mungkin perlu mengeluarkan wang tunai tambahan untuk kitaran seterusnya.

    4. Kehamilan ektopik

    • Kehamilan ektopik adalah di mana embrio diimplan ke dalam tiub fallopio atau dalam rongga abdomen. Embrio tidak akan hidup di luar rahim dan boleh menyebabkan masalah seperti pendarahan dalaman.

    Walaubagaimanapun, untuk menyambut kehadiran seorang anak melalui IVF juga tidak semudah itu, kerana selepas proses IVF, pasangan itu akan mengalami kekejangan, rasa loya, keluar darah dari faraj, payudara membesar dan menegang serta sembelit.

    IMEDIKEL TV

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here