Home Segmen Kesihatan HATI-HATI KESAN SAMPINGAN MAKANAN PEDAS

HATI-HATI KESAN SAMPINGAN MAKANAN PEDAS

331
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Makanan pedas sering menjadi pilihan utama rakyat Malaysia, sama ada dalam bentuk sambal, kari mahupun masakan berasaskan cili.

Antara kebaikan yang sering dikaitkan dengan pengambilan makanan pedas termasuklah meningkatkan metabolisme badan, melancarkan penghadaman dan merangsang pengeluaran hormon endorfin yang boleh membantu memperbaiki mood.

Selain itu, bahan aktif dalam cili seperti capsaicin juga dipercayai membantu melancarkan peredaran darah, serta mengandungi vitamin A dan C yang menyokong sistem imun tubuh.

Namun di sebalik keenakan rasa yang membangkitkan selera, terdapat kesan sampingan yang wajar diberi perhatian.

Anda perlu tahu pengambilan makanan pedas secara berlebihan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan seperti pedih ulu hati, gastrik, cirit-birit, serta ketidakselesaan usus.

Individu yang mempunyai masalah seperti sindrom iritasi usus (IBS) juga cenderung mengalami simptom lebih teruk selepas mengambil makanan pedas, termasuk kembung perut dan sakit perut.

Individu yang tidak tahan pedas juga akan turut merasai kesan sampingannya sehingga menyebabkan hilang selera makan atau rasa tidak selesa berpanjangan.

Oleh itu, pengambilan makanan pedas disarankan dilakukan secara sederhana, bergantung kepada tahap kesesuaian tubuh masing-masing.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here