Home Sukan HAALAND YAKIN SETANDING MESSI UNTUK BALLON D’OR

HAALAND YAKIN SETANDING MESSI UNTUK BALLON D’OR

LONDON: Erling Haaland yakin dia mampu mencabar Lionel Messi untuk anugerah Ballon d’Or tahun ini.

Haaland dan Messi adalah calon utama untuk memenangi anugerah berkenaan selepas masing-masing meraih kejayaan besar bersama pasukan-Memetik laporan agensi menerusi berita harian-

Haaland membantu Manchester City memenangi treble Piala FA Inggeris, Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah, manakala Messi menerajui Argentina menjuarai Piala Dunia.

Ketika ditanya sama ada dia merasakan dirinya adalah penyerang terbaik dunia, Haaland berkata: “Ia bergantung kepada apa yang kita maksudkan dengan penyerang. Ia soalan yang mengelirukan.

“Saya memang berada di atas sana. Adakah saya yang terbaik? Mungkin.”

Penyerang Norway itu yakin dia mempunyai peluang memenangi anugerah individu berkenaan tahun ini, tetapi masih banyak ruang untuk peningkatan.

“Saya masih muda, banyak yang perlu dipertingkatkan. Tetapi saya percaya yang saya mempunyai peluang tahun ini,” katanya.

Selain Messi, Haaland juga berdepan bekas rakan sepasukan Messi di Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe. – AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here