Home Buletin Semasa 145 ORANG MAUT DI SOMALILAND

145 ORANG MAUT DI SOMALILAND

194
0

Katanya, kebanyakan orang awam juga sudah melarikan diri.

Tambah pegawai itu, pihak tentera Somaliland turut memusnahkan Makmal Hospital, tabung darah dan wad pesakit dalam serangan mortar.

“Pasukan somaliland yang berada di luar bandar membedil penduduk awam dan kemudahan perubatan secara melulu.

“Tiada satu hari pun berlalu tanpa tembakan atau kemalangan jiwa.” – Abdimajid Sugulle

Beliau berkata demikian kepada AP melalui telefon.

Kementerian pertahanan Somalia bagaimanapun menafikan mereka membedil hospital itu dan menegaskan, mereka berpegang kepada ‘Komitmen Berterusan’ terhadap gencatan senjata yang diisytiharkan pada 10 februari lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kongsi antarabangsa turut mengeluarkan amaran bulan lalu dengan berkata, tembakan melulu terhadap orang awam tidak boleh diterima dan mesti dihentikan.

Somaliland berpisah dari Somalia sejak tiga dekad lalu dan mencari pengiktirafan antarabangsa sebagai sebuah negara merdeka.

Somaliland dan negeri Puntland Somalia juga mempertikaikan pemilikan Las-Anod selama bertahun-tahun, tetapi bandar timur itu berada di bawah kawalan Somaliland.

Misi PBB di Somalia dan pejabat hak asasi manusia PBB berkata, keganasan di Las-Anod membunuh sekurang-kurangnya 80 orang antara 28 disember hingga 28 februari manakala lebih 450 individu bukan pejuang cedera, termasuk kakitangan perubatan.

PBB juga menggesa supaya pekerja perubatan dihormati dan akses kemanusiaan dibenarkan tanpa halangan.

Konflik di Las-Anod bermula apabila seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali membunuh seorang ahli politik muda popular dalam parti pembangkang Somaliland ketika dia meninggalkan sebuah masjid.

Protes kemudiannya berlaku menentang pegawai dan pasukan tentera kerajaan Somaliland di bandar itu.

Kerajaan Somaliland menyalahkan pergolakan itu kepada pejuang dengan ‘Kumpulan Anti-Keamanan dan Keganasan’ serta mendakwa bahawa kumpulan pelampau Al-Shabab, yang bergabung dengan Al-Qaeda, menyokong beberapa serangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here