Home Luar Negara GREECE TAHAN 2 WARGA PAKISTAN RANCANG SERANG YAHUDI

GREECE TAHAN 2 WARGA PAKISTAN RANCANG SERANG YAHUDI

143
0

ATHENS: Israel mendakwa rancangan itu adalah cubaan terbaru oleh musuh ketatnya iaitu Iran untuk mempromosikan keganasan menyasarkan israel dan yahudi di luar negara.

“Selepas siasatan terhadap beberapa suspek di Greece, Mossad membantu merungkai risikan rangkaian, kaedah operasi dan kaitan dengan Iran,” kata pejabat Perdana Menteri Israel yang merujuk kepada agensi perisikan kebangsaan Israel” – KONSTANTINA DIMOGLIDOU, Jurucakap Polis Greece

“Sebagai sebahagian daripada penyiasatan, didapati bahawa infrastruktur di Greece adalah sebahagian rangkaian luas iran yang dikendalikan dari iran ke banyak negara,” – KONSTANTINA DIMOGLIDOU, Jurucakap Polis Greece

Menurut jurucakap polis Greece, Konstantina Dimoglidou, dalang di sebalik rancangan itu adalah seorang warga Pakistan yang tinggal di luar eropah.

Sumber polis yang enggan namanya didedahkan pula berkata, individu berkenaan tinggal di Iran, masing-masing berumur 27 dan 29 tahun.

Sumber memaklumkan pemuda berkenaan menyasarkan sebuah bangunan yang menempatkan rumah ibadat dan restoran Yahudi.

“Selepas tindakan yang diselaraskan oleh polis Greece dan perkhidmatan Perisikan Kebangsaan, Rangkaian Pengganas dibongkar dari luar negara, yang merancang serangan terhadap sasaran yang dipilih dengan teliti di wilayah Greece” – KONSTANTINA DIMOGLIDOU, Jurucakap Polis Greece

Polis berkata rangkaian itu sudah pun memilih sasaran serangan dan sedang merancang bagaimana untuk melaksanakan operasi berkenaan.

Difahamkan telefon dua lelaki yang ditahankan akan diperiksa untuk memperoleh rakaman perbualan, video dan lakaran tempat yang disasarkan.

Untuk rekod, terdapat sekitar 5,000 anggota masyarakat Yahudi di Greece.

Kerajaan Greece juga mempunyai hubungan baik dengan israel termasuk berkait perjanjian keselamatan dan ketenteraan.

Sumber: Harian Metro & AFP

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here